Feature Post

Seacrh By Labels

Sunday 26 October 2014

ENAKNYA OAT

SALAM SEMUA...APA KHABAR ...
MOGA SEHAT SELALU YER..



ADMIN NAK SHARE SIKIT DIET DENGAN OAT HARINI...BUKAN NAK CERITA JENIS OAT DAN SEBAGAINYA TAPI RESEPI YANG BOLEH KITA PRAKTIKKAN DENGAN OAT...MUDAH DAN SEDAP...

BUBUR OAT MUDAH 


BAHAN ASAS

  • OAT(APA-APA JENIS PON X PER)
  • GARAM DAN GULA
  • PERENCAH SUP(KALAU BOLEH YG SUP SIAM)
  • AYAM POTONG DADU
  • DAUN BAWANG/BAWANG GORENG
  • AIR


CARA BUAT

  • PANASKAN AIR DAN MASUKKAN PERENCAH BERSAMA GULA DAN GARAM SECUKUP RASA...RENEHKAN DAN CUBA RASA SESEDAP MULUT ANDA

  • KEMUDIAN MASUKKAN POTONGAN AYAM TADI..KALAU NAK LETAK IKAN BILIS ATAU UDANG KERING PUN BOLEH...

  • DALAM BEKAS YANG LAIN PULA, GAULKAN OAT DENGAN AIR BIASA..KEMUDIAN HASIL GAULAN TU MASUKKAN DALAM SUP TADI...

  • SEBATIKAN DAN HIDANG DENGAN DAUN BAWANG DAN BAWANG GORENG...


MUDAH KAN...

SELAMAT MENCUBA YER

Wednesday 22 October 2014

RAHSIA TERSEMBUNYI KURMA (INFO NIAGA)

ADMIN PERCAYA RAMAI YANG PERNAH MENIKMATI BUAH KURMA...MUNGKIN ADA YANG MENIKMATI BUAH KURMA NI SETAHUN SEKALI IAITU PADA BULAN RAMADHAN...DISINI ADMIN NAK KUPAS BEBERAPA HASIL RUMUSAN DARIPADA PEMBACAAN ONLINE MENGENAI KURMA INI...

(GAMBAR HIASAN)


DISINI MARI KITA BACA SENARAI RAHSIA TERSEMBUNYI PADA BUAH KURMA :
  • Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.
  • Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.
  • Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
  • Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
  • Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
  • Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
  • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
  • Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
  • Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?
  • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
  • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
  • Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
  • Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?
  • Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
  • Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?
  • Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?
  • Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?
  • Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?
  • Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?
  • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?
  • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?
  • Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?
  • Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?
  • Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?
  • Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?
  • Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?
  • Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?
  • Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?
  • Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?
  • Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?
  • Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?
  • Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?
  • Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?
  • Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?
  • Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?
  • Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?
  • Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?
  • Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?
BANYAK SANGAT RAHSIA YANG ADA BUKAN...NANTIKAN PART 2 DARIPADA ADMIN MENGENAI CARA MENIKMATI KURMA SELAIN DARIPADA MAKAN BEGITU SAHAJA....

JOM BUAT/MAKAN AIS KRIM(INFO NIAGA)


(GAMBAR HIASAN)
ADA PEMINAT AISKRIM....ANDA DAH JUMPA TEMPAT SESUAI NAK TAHU MENGENAI AISKRIM NI...

MENURUT MAKLUMAT, AISKRIM MERUPAKAN SEJENIS MAKANAN SEJUK BEKU YANG MANA DIHASILKAN DARIPADA HASIL BERBENTUK TENUSU DAN KRIM. BAHAN INI DIBAGUNGKAN BERSAMA PEMANIS DAN JUGA MANISAN UNTUK MENHASILKAN RASA. MENARIK BUKAN...

ADMIN NAK SHARE SIKIT CARA BUAT BEBERAPA AISKRIM..

AISKRIM PERTAMA

  • ovallete (pastikan yg halal)
  • 1biji telur
  • 1tin susu cair
  • 1/2 susu pekat.
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • biskut oreo
(kalau buat aiskrim perisa lain korang just tambahlah ikt yg korang nak contoh cam milo ke,nescafe ke,strawberry ke,durian ke)

Cara2:
1)Mix semua bahan2 tadi(kecuali oreo)guna stand mixer sampai tekstur dia pekat dan likat.Fara guna blender je..cepat sikit dia pekat dan sebati.
2)Patahkan biskut Oreo(terpulang korang nak buang krim dia ke x),dah patah tu campurkan ke dlm aiskrim tadi..gaul2 rata..
3)Masukkan ke dalam bekas (pakai je bekas aiskrim yang lama)
4)Tabur2 lebihan oreo patah tadi ats aiskrim(nak letak choc rice,m&m ke,terpulang)
5)Masukkn kat bagian atas peti sejuk.

AISKRIM KEDUA


Resepi Aiskrim Potong Kacang Merah


Bahan A
1 tin Kacang Merah *sila lenyek dengan sirap-2 nya skli yerr..
2 helai daun pandan
500 ml air + 1 cwan gula
3 sudu besar susu tepung


Bahan B
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
200 ml air


Bahan C
150 ml santan


Bahan D *kihkih
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Masak air dan gula smpai gula larut.
2. Masukkan susu tepung.Sila guna hand whisk untuk kcau. Larutkan susu, masukkan daun pandan.
3. Bila dah mendidih, masukkan kacang merah yang telah dilecek.
4. Masak smpai kcang lembut..lebih kurang 25 minit. *terpulanglah..klau suka tekstur kcang yang besaw-2 boleh kurangkan masa mmasak..
5. Dalam bkas lain, sila satukan Bahan B dan kacau smpai tepung tu larut.
6. Kacang dah lembut,pekat dan air dah brkurang skit msukkan cmpuran Bahan B.
7. Masak lagi smpai pekat, likat, lebih kurang 20 minit lagi.
8. Masukkan santan.Kacau-2 dlam 5 minit dah ckup.Tutup api dan perasakan dengan garam.
9. Sejukkan sbelum dimasukkan kedalam acuan aiskrim.
10. Sila bekukan dlam freezer sebelum dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA...ANDA MINAT AISKRIM GORENG...TUNGGU POST SELEPAS NI OK...