Sebenarnya pernigaan mengajar banyak perkara kepada peniaga. Uji kesabaran dalam pelbagai faktor seperti dugaan dalam perniagaan, penipuan adalah salah satu kunci berjaya dalam perniagaan. Selain daripada itu, ujian ini akan mematangkan peniaga dalam dua aspek yang berbeza, pertama dalam aspek perniagaan dan kedua dalam aspek kendiri. Ini akan menguntung peniaga itu kelak.
" SUNNAH RASUL S.A.W "
Saya percaya pembaca yang beragama islam mengetahui akan kepentingan mengikut sunnah. Pahala akan diberikan kepada yang mengikutinya. Ini secara tidak lansung mengajar peniaga khususnya yang beragama islam untuk mepelajari sunnah di samping memperbaiki diri. Sesungguhnya beruntunglah peniaga tersebut.
" HIDUP BERKERJASAMA "
Di dunia ini, kita perlu hidup secara berkelompok. Hidup seperti ini akan menguatkan lagi azam dan cita-cita kita. Rakan-rakan akan membantu menguatkan semangat kita. Bila berniaga kita akan menegnal peniaga lain, ia akan membantu kita melonjakkan perniagaan kita kelak. Selain itu, rakan niaga juga akan membantu bila kita ditimpa kesusahan.
" BELAJAR PENGURUSAN MASA "
Masa sangat penting kepada manusia. Kita seharusnya bijak mengurus masa yang ada. Peniaga juga begitu, mereka perlu bijak membahagi masa agar tidak disia-siakan. Begitu indahnya Islam bukan, masa ini juga ada dalam kehendak syariat islam.
" DERMA "
Kita perlu sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan khususnya dari segi kewangan. Jika peniaga mempunyai lebihan wang, mereka boleh menderma kepada yang amat memerlukan. Ini akan menjadikan rezeki dan keuntungan yang diperolehi lebih diberkati.
Terima kasih kerana membaca. Diharap agar maklumat ringkas ini akan membantu memberi anda aspirasi untuk berniaga.
like page kami untuk undate.tk
https://www.facebook.com/pages/Tapak-niaga-perak/1519598578255068?fref=ts
Quantity :
Add to Cart