Tuesday 19 August 2014

Lima tips berbelanja online


Saya percaya yang ramai sebenarnya takut berbelanja online ni. Tak kira laman online tu terkenal mahupun tidak. Tambah-tambah bila melibatkan wang yang banyak, beratus-ratus atau beribu-ribu. Jadi di sini saya senaraikan 5 tips yang boleh anda pakai semasa membeli online.

1. Siasat peniaga tersebut
- Kini banyak penipuan dalam talian, jadi anda sebagai pelanggan berhak menyiasat peniaga yang anda berurusan. Tak tahu cara siasat, just google nama peniaga tersebut dan lihat jika dia ada terlibat dengan mana-mana kes penipuan.

2. Lihat komen daripada pelanggan sebelum
- Mudah saja, anda lihat komen daripada pelanggan jika ada. Di facebook lebih mudah, check komen-komen yang ada.

3. Dapatkan butiran peniaga 
- Ini adalah langkah keselamatan anda. Dapatkan butiran peniaga tersebut seperti alamat rumah dan no ic. Ini akan menjamin bahawa peniaga tersebut memang wujud.

4. Dapatkan bukti pengeposan
- Ini adalah perkara yang paling penting, pastikan anda mendapat bukti pengeposan. Pastikan tracking nombor anda memang anda.

5. Print screen facebook/blog/website
- Bagi langkah terakhir, anda dinasihatkan print screen semua bukti tempat anda membeli. Ini akan menjamin bahawa anda mempunyai bukti jika anda tertipu, Simpan semua maklumat tersebut. Ini adalah kerana kebanyakan peniaga yang menipu akan memadam semua data online meraka, jadi berhati-hatilah. 


Quantity : Add to Cart